Featured site: med.my

support

The folks behind Med.my wrote in to tell us about their site:

Med.My merupakan sebuah laman web kesihatan yang tidak berasaskan keuntungan dan menyediakan platform bagi memudahkan interaksi antara rakyat Malaysia dengan para doktor yang sah bertauliah serta berlesen daripada Malaysian Medical Council (MMC) atau Malaysian Dental Council
(MDC).

Melalui laman sosial ini, anda boleh berkomunikasi dengan para doktorperubatan dan pergigian secara atas talian untuk bertanya segala persoalan berkaitan masalah kesihatan anda secara percuma dan soalan-soalan itu akan dijawab oleh para doktor yang berdaftar dengan sistem kami dalam masa tertentu.

Selain itu, Med.My juga berperanan sebagai sebuah laman web yang membekalkan informasi kesihatan dan perubatan dalam bentuk jurnal, artikel dan infografik yang mudah difahami dan dimanfaatkan oleh semua golongan masyarakat.

Lebih memudahkan lagi pada masa akan datang, Med.My akan menyediakan aplikasi laman web untuk dimuat turun oleh para pengguna telefon bimbit dan tablet seperti iPhone, iPad dan Android agar anda dapat melayari dan memanfaatkan Med.My sepenuhnya walau di mana sahaja anda berada.

Congrats to the people behind med.my for starting a BM version of an “Ask a doctor” type website. This is the second one we have come across after Doktor Budak which tackles paediatric questions and is bilingual (English and BM).
We have added med.my to the MMR’s page of public Support Groups and Sites.

Like all “Ask a doctor” type websites, the usual caution we dish out is that any information you obtain from these sites should only be secondary to that of a doctor whom you can meet in person. There are limitations to these types of interactions as it cannot replace a real visit to a doctor who can take a thorough history, examine you properly and perform any relevant investigations to solve your medical problem.

About

Malaysian physician, haematologist, blogger, web and tech enthusiast