Kepada Semua Ibu untuk pengetahuan anda

hpv

by Dr. John Teo & Dr. Nazatul Shiha

Kepada anda yang mempunyai anak, sila TERUSKAN untuk menerima vaksin HPV percuma yang ditawarkan di sekolah dalam minggu ini.
Harap teruskan membaca
Butir – butir; http://www.cancer.gov/cancertopics/factsheet/prevention/HPV-vaccine
Vaksin HPV berpotensi untuk mengurangkan kematian yang disebabkan oleh kanser serviks di seluruh dunia sehingga sebanyak dua pertiga, dan untuk mencegah kanser anus pada lelaki dan wanita. Gardasil juga mampu mencegah penyakit ketuat kemaluan (genital warts).
Kerajaan Malaysia sudah melaksanakan Program Vaksinasi HPV Kebangsaan sejak tahun 2010 menyertai Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan kebanyakan negara Eropah supaya menjadi di antara negara utama di dunia yang memartabatkan kesihatan Wanita dan Kanak – kanak Perempuan sebagai keutamaan penting.
Silalah bantu untuk berkongsi dengan ibu bapa terutamanya yang mempunyai anak – anak dalam lingkungan usia 9 hingga 13 tahun, pihak guru sudah mula mengedarkan borang yang memohon kebenaran ibu bapa untuk mengambil vaksin tersebut.
Vaksin HPV dapat mencegah 70% daripada kes – kes kanser serviks.

http://www.thenational.ae/uae/health/call-for-more-cervical-cancer-screening-across-uae

Di Australia, terdapat bukti yang kukuh yang menunjukkan vaksinasi menentang HPV adalah cara yang terbaik untuk mencegah kanser dan penyakit yang berkaitan dengan HPV. Vaksin HPV diberikan secara percuma di sekolah – sekolah di sana sebagai sebahagian daripada Program Imunisasi Kebangsaan.
http://hpv.health.gov.au
Di Eropah, semakin banyak negara yang memperkenalkan vaksinasi HPV ke dalam program kebangsaan mereka yang mana menunjukkan keselamatan dan kepentingan vaksin ini kepada wanita dan kanak – kanak perempuan mereka dan akhirnya kesihatan negara tersebut.
“Vaksin HPV sudah diperkenalkan di kebanyakan negara EU/EEA (Jadual 1). Sehingga bulan Mei 2012, badan – badan penasihat vaksin di 22 daripada 29 negara Eropah sudah mencadangkan yang berpihak kepada vaksin HPV, berbanding dengan cuma 12 daripada 27 negara pada bulan Feb 2008 [1]”
ECDC GUIDANCE
Pengenalan kepada Vaksin HPV di negara – negara Kesatuan Eropah – satu kemaskini. (Sept 2012)
Di Amerika Syarikat, menurut Centre for Disease Control (CDC) di dalam laporan terkininya:
“Beban dan kos bagi penyakit dan kanser yang berkaitan dengan HPV kekal menjadi masalah kesihatan awam yang penting. Mengurangkan beban bagi penyakit dan kanser yang berkaitan dengan HPV melalui pemvaksinan memerlukan pendekatan bersepadu yang merangkumi perubatan klinikal, kesihatan awam, dan polisi awam. Dua vaksin HPV profilaktik yang berlesenkan FDA adalah selamat, boleh ditoleransi dan amat berkesan. Vaksinasi adalah dicadangkan secara rutin bagi kesemua anak – anak perempuan dan lelaki yang berumur 11 atau 12 tahun;”
http://www.cdc.gov/mmwr/preview/mmwrhtml/mm6304a1.htm
Memberi vaksin kepada anak – anak yang berumur 9 hingga 13 tahun adalah amat penting sebelum bermulanya hubungan seksual yang diikuti dengan program susulan bagi remaja yang mana ia menunjukkan keberkesanan dan keselamatan di seluruh dunia.
http://hpv.health.gov.au/downloads/factsheet-for-professionals/
http://www.cdc.gov/mmwr/preview/mmwrhtml/mm6329a3.htm
http://www.cdc.gov/vaccines/who/teens/vaccines/hpv.html
http://ncirs.edu.au/immunisation/fact-sheets/hpv-quadrivalent-fact-sheet.pdf
http://theconversation.com/study-should-dispel-hpv-vaccine-myths-9914
http://www.who.int/immunization/diseases/hpv/en/
Beginilah wahai ibu,
Pada tahun 2012, terdapat 528,000 orang wanita yang mendapat kanser serviks dan 266,000 orang wanita meninggal disebabkan oleh penyakit yang tragis dan mampu dicegah ini. Ini bermakna hampir 728 wanita meninggal setiap hari, 30 orang wanita meninggal pada setiap jam. Dianggarkan bahawa jika anda membaca mesej ini sepenuhnya termasuklah kesemua pautan penting yang diberikan, ianya mengambil masa selama sejam, dan sebaik sahaja anda habis membacanya, seramai 30 orang wanita di seluruh dunia mati disebabkan oleh kanser serviks. Malaysia juga tidak terkecuali dari kes – kes kanser serviks di mana 2145 kes didiagnos dan 621 orang wanita meninggal pada 2012. Ini bermakna hampir 6 orang wanita Malaysia yang didiagnos dan 2 orang meninggal akibat dari penyakit yang dahsyat ini setiap hari, di sini di Malaysia.
Tolonglah wahai ibu,
Jangan biarkan anak – anak perempuan anda menjadi mangsa kepada penyakit tragis ini yang terus membunuh wanita dan menghancurkan keluarga setiap hari.
Jangan terpengaruh kepada kepalsuan, khabar angin, taktik yang menakut – nakutkan tanpa bukti yang nyata yang dicipta oleh mereka yang mempunyai agenda terselindung, tamak, kejam dan berkepentingan sendiri hingga membuatkan anda tidak membenarkan anak anda mendapat vaksin tersebut.
Vaksin HPV adalah cara penting yang terbukti berkesan untuk melindungi anak perempuan anda dari kanser serviks.
Bertindaklah sekarang
Bertindaklah untuk melindungi anak perempuan anda yang sangat bernilai,
Berilah vaksin sekarang sebelum ianya terlambat.
Silalah berkongsi dan hantarkan kepada yang lain.

Dr John Teo
Konsultan Obstetrik dan Ginekologi

English version:

To All Mums for your info,

For those who have children, please CONTINUE to accept the free HPV vaccine offer in school this week.
The vaccine name is Gardasil by Merck Sharpe and Dohme.( HPV vaccine).
Please read more

details; http://www.cancer.gov/cancertopics/factsheet/prevention/HPV-vaccine

HPV vaccination has the potential to reduce cervical cancer deaths around the world by as much as two-thirds, and to prevent anal cancer in males and females. Gardasil can also prevent genital warts.

The Malaysian government has implemented the National HPV vaccination programme since 2010 joining the United States, United Kingdom, Australia and many European countries to be among the leading countries in the World to place the Health of its Women and Girls as the Utmost Priority.

Pls help to share to all those parents especially 9 to 13 years old children, teacher has started to distribute form to ask parents to sign for taking the vaccine.

HPV vaccine prevents 70% of cervical cancer cases

http://www.thenational.ae/uae/health/call-for-more-cervical-cancer-screening-across-uae

In Australia, strong evidence showed that Vaccinating against Human Papillomavirus (HPV) is the best way to prevent HPV-related cancers and disease. The HPV vaccine is being provided free in schools as part of the National Immunisation Program.

http://hpv.health.gov.au

In Europe, more and more countries are introducing the HPV vaccination into their national programme signifying the safety and importance of this vaccine to their women’s and girl’s health and ultimately the health of the nation.

“The HPV vaccines have been introduced in most EU/EEA countries (Table 1). As of May 2012, the vaccination advisory bodies in 22 of the 29 countries had made a recommendation in favour of HPV vaccination, compared to 12 out of 27 countries in February 2008 [1].”
ECDC GUIDANCE
Introduction of HPV vaccines in European Union countries – an update.( Sept. 2012)

In the United States , according to the Centre for disease Control in its latest report:
“The burden and cost of HPV-associated disease and cancer remain an important public health problem. Reducing the burden of HPV-associated cancer and disease through vaccination requires an integrated approach that includes clinical medicine, public health, and public policy. Two FDA-licensed prophylactic HPV vaccines are safe, well tolerated, and highly effective. Vaccination is routinely recommended for girls and boys aged 11 or 12 years;”

http://www.cdc.gov/mmwr/preview/mmwrhtml/mm6304a1.htm

Vaccination of Children 9 to 13 years old is extremely important before sexual initiation with catch up programmes in older teens continues to show high efficacy and safety around the world.

http://hpv.health.gov.au/downloads/factsheet-for-professionals/
http://www.cdc.gov/mmwr/preview/mmwrhtml/mm6329a3.htm
http://www.cdc.gov/vaccines/who/teens/vaccines/hpv.html
http://ncirs.edu.au/immunisation/fact-sheets/hpv-quadrivalent-fact-sheet.pdf
http://theconversation.com/study-should-dispel-hpv-vaccine-myths-9914
http://www.who.int/immunization/diseases/hpv/en/

Here’s the thing mum,

In 2012, worldwide, there were 528,000 women diagnosed with cervical cancer and 266,000 women died due to this tragic, totally preventable disease.
That is nearly 728 women dying everyday, 30 women dying every hour.
It is estimated that if you read this message in full including all the important links that are provided, it will take an hour and by the time you are finish, 30 women would already have died of cervical cancer.
Malaysia is no different with its share of cervical cancer cases and deaths with 2145 cases diagnosed and 621 women died in 2012,
That is nearly 6 Malaysian women diagnosed and 2 died of this devastating disease everyday, right here in Malaysia.

Please mum,
Do not let your daughters be a victim of this tragic disease that continues to kill women and destroy families everyday.
Do not succumb to the Untruths, rumours, scare mongering tactics without proper evidence created by those with ulterior, greedy, ruthless & self serving agendas bluff you into not getting your daughter vaccinated.

HPV vaccination is the most important proven way to get your daughter protected against cervical cancer.
Act now,
Act to protect your most precious daughter,.
Vaccinate immediately before it’s too late.

Pls share and send to others.

Dr John Teo
Consultant Obstetrician and Gynaecologist

Comment
About

Malaysian physician, haematologist, blogger, web and tech enthusiast