Hospital Kuala Nerang, Kedah » Public Hospitals

MOH Logo

This page lists the major Public (Government hospitals and Teaching hospitals), particularly those with websites that you can visit for more detailed information. Note that the list is split into multiple pages.
Click on each item to view more details like address, phone contact, email, website, social media links, bed numbers and background information.
We have also put in a handy link to locate the hospital on Google maps.

Listing by State:
| Johor | Kedah | Kelantan | Melaka | Negeri Sembilan | Pahang | Perak | Perlis | Pulau Pinang | Sabah | Sarawak | Selangor | WP (Federal Territories) |

You may also search by any keyword using the Search box

Hospital Kuala Nerang, Kedah

Work Kuala Nerang Kedah 06300 Work Phone: +604-7867333 Work Fax: +604-7867052 Website: http://hknerang.moh.gov.my/
Background

Bed no. 72

District hospital

Hospital Kuala Nerang terletak di daerah Padang Terap, Kedah Darulaman. Daerah Padang Terap yang merupakan daerah ketiga terbesar meliputi kawasan seluas 2,973.27 km persegi. Kemudahan kesihatan yang ada di daerah ini ialah sebuah hospital, sebuah Pejabat Kesihatan Daerah, 3 buah Klinik Kesihatan, 16 buah Klinik Desa dan 4 buah Klinik Swasta.
Hospital Kuala Nerang adalah hospital kerajaan tunggal di daerah Padang Terap. Pembinaan hospital ini telah memberikan kemudahan perkhidmatan rawatan kepada penduduk yang sebelumnya terpaksa mendapatkan rawatan di Alor Setar. Hospital ini memberi perkhidmatan primer dan rawatan pesakit dalam( termasuk semua perkhidmatan sokongan) kepada masyarakat Padang Terap.
Hospital ini terletak di atas sebidang tanah seluas 40 ekar dan mula dibina pada Julai 1992. Projek ini di bawah peruntukan ASEAN Development Bank dengan perbelanjaan RM 17.26 juta. Pembinaannya mengambil masa selama 25 bulan dan siap pada Julai 1994.
Hospital ini adalah HOSPITAL TANPA PAKAR dengan kemudahan 4 buah wad dengan 89 katil. Bagi kes yang memerlukan rawatan kepakaran kebanyakkan akan dirujuk ke Hospital Alor Setar. Namun pada masa ini hanya beroperasi dengan penggunaan 3 wad dan 72 katil sahaja.
Hospital Kuala Nerang telah memulakan operasinya pada bulan Oktober 1994. Ianya mula beroperasi dengan Unit Pesakit Luar pada bulan Oktober 1994 diikuti dengan wad lelaki dan wad perempuan pada bulan November 1995 dan seterusnya wad bersalin pada Julai 1996.
Perasmian Hospital Kuala Nerang telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tunku Sultan Kedah pada 4 Mac 2002

Connections Business Directory | Leaflet | © OpenStreetMap contributors

Kuala Nerang Kedah 06300

External listing: MOH list of Public hospitals